Bila nak berkepok2 duit haa?
20 Aug 2015
Where to get monies?
Aduh... Tengah bulan konfem poket berlubang macam ade orang curi dari dalam wallet aku.
17 Aug 2015
Tabiat pasca pemergian arwah adik
Lama aku tak tulis blog selepas arwah adik aku kemalangan. Ikutkan aku memang banyak benda yang aku nak tulis, tapi aku rasa 80% tu baik aku simpan. Ianya akan membuat aku lebih sedih berbanding biasa. Sedih kali ni lain daripada yang lain. Bukan sedih kerugian 100K akibat tersontot skim emas mahupun kehilangan kereta Mazda Rx8 ketika parkir dihadapan 7e ketika membeli kondom. Ini satu kehilangan yang tiada gantinya. Tuhan sahaja tahu apa perasaan aku tatkala kehilangan seorang adik yang aku sayang. Sayang lebih dari segala harta yang aku dapat kumpul dalam dunia.
Mungkin selepas 100 hari aku akan share cerita penuh. Cerita bagaimana perasaan aku tatkala menerima berita mengejut tersebut. Tu pun tak tahu betul atau tidak 100 hari pemergian arwah aku akan post. Ikut mood.
Apa yang pasti, aku develop habit buruk. Habit yang Miss A, mak aku dan sedara-mara yang lain susah nak terima. Dan aku memang nak berhenti, tapi tak tahu macam mana.
Ini bukan aku punya. Ini arwah adik punya. Aku cuma guna semula je.
Kawan-kawan aku tahu ketagihan aku sebelum ini adalah bermain komputer, tapi setelah PC aku rosak beberapa tahun ni, aku tidak bermain komputer sangat dan lebih kepada bisness dan berpaksikan duit. Jadi kehidupan aku beberapa tahun lepas sangat simple.
Tapi kini aku terlalu tension. Aku tak tahu nak salurkan kat mana yang boleh:
-menjimatkan kos (kos ini dengan kos bikin PC baru, ini lagi murah)
-hilangkan fokus aku sebentar sebelum aku berfikir yang bukan2 akibat hilang fokus
-hobi serupa bikin PC, ada ciri-ciri teknikal yang aku minat.
-kumpulkan networking ketika ber-vaping dengan peminat vape yang lain.
-dan lain-lain
Aku sedar perkara ini dalam grey area berbanding apa yang diwar-warkan dimedia arus perdana mahupun media atas talian. Kenapa aku kata grey area? Ada beberapa perkara yang boleh dibincangkan dengan lebih lanjut merangkum isu sosial, politik, agama dan ekonomi. Ade pro and cons. Tapi aku rasa balance antara dua tu. Aku terangkan 3 benda je la.
1. Sesiapa yang memberi statement negatif mengenai vape, dia tak pernah hisap rokok/shisha/vape.
Aku tak hisap rokok, tapi aku peminat shisha. Atas faktor apparatus dia tu yang sedikit sofistikated berbanding rokok. Rokok tidak boleh alter seperti balang shisha atau alat vaporizer. Kau beli rokok ikut jenis. Menthol, vanilla, Surya yang ada rasa cengkih2 sikit dan struktur rokok sangat simple. Ada puntung, tembakau, kertas je. Kalau lebih pun mungkin bebuli menthol yang terdapat dalam puntung tu sendiri. Boring. Aku tak boleh cakap banyak sebab rokok bukan bidang aku.
Shisha pula sofistikated. Kau tengok tong besar gedabak tu ada macam-macam jenis. ada yang elektrik, ada penyejuk, ada kecik, ada besar ada macam2 lagilah. Bila masuk bab perisa jangan ceritalah. Macam-macam ada beb. Antara kau tahan dengan tak je kandungan tembakau dia tu je. Pada yang expert, boleh explain lagi detail pasal shisha. Aku tak ekspert. Aku tahu isap sedap, tak terbatuk2 je.
Miss A baru-baru ni je tahu aku isap shisha. Dan hanya beberapa orang kawan aku sahaja yang tahu apa yang aku penggemar shisha. Aku tak expose sangat pasal benda2 lagha ni. Aku isap sebab sosial.
Dari pengetahuan ini, aku simpulkan bahawa, mufti, menteri dan yang lain2 ni tak tahu apa-apa pasal vape. Kalau doktor tahu pun, diorang tak hisap. Dia tak tahu yang kita boleh bancuh sendiri liquid vape tu ikut sukatan yang dibenarkan.
2. Masalah vape ni yang kritikal aku dapat kategorikan kepada tiga, sikap penghisap, penjualan bawah umur dengan kandungan nikotin.
Sikap ini paling utama. Ada sesetegah pengemar vape ni tidak beretika ketika menggunakan vape. Hembus wap kat tempat yang tak sepatutnya. Isap dalam hospital, shopping mall, kedai mamak. hembus kat muka budak2, mak2 budak, orang tua. Apekejadah ini? Itu masalah sikap. eloknya angkut orang2 sebegini dan humban dalam parit dan cakap "ala bro, air je pun," biar padan muka depa. Dah la hisap dan hembus kat tempat yang tidak sepatutnya, lepas tu riak dan takbur upload kat media sosial yang diorang isap vape. Pergh... Tak matang betul. Isap dendiam sudah la.
Perkara kedua adalah penjualan bawah umur. Kalau aku jumpe seller yang jualvape ni untuk orang bawah umur, memang aku sound tepek. Sebabnya ini melibatkan etika sebagai penjual. Benda ini ada yang boleh bikin ketagih. Jadi pembelian berulang pasti berlaku. Oleh itu sangat tidak sesuai untuk mereka yang belum berpendapatan sendiri seperti remaja sekolah menegah dan rendah. Ini kerana mereka masih meminta duit mak bapak lagi. Kalau tak dapat mcm mana? Ape lagi, mencuri la! Pada yang yang bekerja tu bagus. Bila dah ada duit sendiri, pergi mampos la nak buat apa dengan duit sendiri. Betul tak?
Ketiga adalah kandungan nikotin. Arwah adik aku ada banyak flavor. Dari 5 botol tu, ada 1 takda nikotin, yang lain low nikotin.(6 mg). Nikotin adalah bahan yang boleh bikin seseorang penggemar vape ini ketagih dan telah difatwakan haram. Itu kata mufti Wilayah Persekutuanlah. Dalam fatwa itu juga menyebut bahawa walaupun dilabel sudah ditulus 0 nikotin, masih ada jumlah nikotin dalamnya walaupun sedikit. Bahan2 dalam liquid ada 4 yang besar, Properlene Glycol (PG), Vegetable Glycerin (VG), Flavor (Artificial or organic) dan nicotine.
Untuk menangani masalah ketidaktelusan dalam bancuhan zero nikotin, sepatutnya ada cop halal didalamnya. Keh keh keh... Sebab zero nikotin, ibarat biasa je.
Aku ada 3 flavor baru selain arwah adik punya. Dedua flavor tu orang bagi. Bukan aku beli. Dan aku request kat diorang untuk zero nikotin. Kenapa aku tak beli kat luar? sebab kawan-kawan aku yang jual flavor tu depa bancuh sendiri. So, aku lebih percayakan mereka. Bancuh sendiri bruhh... Halal... Kata akulah sebab fatwa kata yang haram dalam tu cuma nikotin.
Cukup aku senaraikan 2 masalah utama tu. Untuk yang lain, kome pikir sendiri. aku cuma buka pintu untuk korang fikir.
Back to the point.
Aku hisap vape ada 4 sebab utama yang aku jelaskan diatas. Tapi paling utama sebab tension. Terlalu banyak berfikir dan bergelumang dengan masalah emosi yang aku tak tahu bila nak habisnya. Miss A faham aku stress, tapi dia masih tidak dapat terima tabiat aku yang ini. Aku faham dan aku harap dia sabar je la dengan perangai buruk aku ni.
Kepada kawan-kawan yang tengok aku berperangai pelik, terutama ketika fasa pasca adik aku meninggal, tolong jangan putus kawan. Aku tak harap korang faham, tapi at least jangan benci aku.
Miss A, mak aku dan sedara-mara aku yang tidak suka bau vape yang manis ni, aku minta maaf. Aku tidak akan hisap depan korang. Aku boleh tahan sebab aku tak ketagih. Harap maklum.
Subscribe to:
Posts (Atom)